LDR 2025 - PELUANG TRADER BUAT PROFIT BESAR
LDR 2025 - Peluang Trader Buat Profit Besar ; teknik yang membantu trader mengenal pasti pergerakan tren besar dalam pasaran forex. Ketahui bagaimana ia boleh meningkatkan potensi keuntungan dan membantu pengurusan risiko dengan lebih baik.
UMUM
Dollarpip
1/27/20252 min read


Luminous Daily Roadmap (LDR) : Peluang Profit Besar Trader
Dalam dunia trading, banyak teknik yang boleh digunakan kenalpasti pergerakan pasaran yang besar. Salah satu teknik yang semakin popular dan menarik perhatian trader adalah Luminous Daily Roadmap (LDR). Tapi apa sebenarnya LDR ni, dan bagaimana ia boleh membantu kita dalam trading?
Luminous Daily Roadmap (LDR) ni adalah satu konsep yang mengaitkan dengan waktu di mana tren besar dalam pasaran forex biasanya berlaku. Pergerakan besar ni biasanya bermula masa London Open dan boleh berterusan hingga New York Open.
LDR ni selalunya berlaku pada tarikh tertentu yang memang ada pergerakan besar dalam pasaran. Bukan setakat pada tarikh tertentu je, kadang-kadang pergerakan besar ni boleh berlaku sehari sebelum atau selepas tarikh tu. Kadang-kadang, pergerakan pasaran boleh mencapai 300 hingga 800 Pip, yang bagi trader peluang besar untuk dapatkan keuntungan. Lihat jadual 2025 dibawah :-


LDR ni membantu trader untuk kenal pasti bila ada perubahan arah tren atau sambungan tren besar dalam pasaran. Biasanya, ia berlaku ketika sesi London Open dan berterusan sampai sesi New York Open, masa ni volatiliti tinggi, jadi peluang untuk buka posisi yang menguntungkan pun besar.
Kenapa LDR Penting?
LDR memberikan peluang keuntungan yang besar dengan pergerakan pasaran antara 300 hingga 800 Pip, yang membolehkan trader meraih keuntungan dalam waktu yang singkat. Selain itu, dengan mengetahui waktu dan tarikh di mana LDR mungkin berlaku, trader dapat menguruskan risiko dengan lebih baik dan membuat keputusan yang lebih tepat untuk memanfaatkan tren tersebut. Walaupun tidak setiap hari berlaku pergerakan besar, trend yang muncul pada LDR sering kali memberikan petunjuk yang berguna kepada trader berpengalaman, membantu mereka membuat keputusan yang lebih bijak dalam pasaran.
Untuk menggunakan LDR dalam trading, pastikan anda memahami masa pasaran dengan baik, terutamanya ketika London Open dan New York Open, kerana waktu-waktu ini adalah kritikal untuk pergerakan besar. Selain itu, penting untuk menggunakan analisis teknikal seperti melihat carta dan menggunakan indikator seperti Moving Averages, RSI, atau MACD untuk memastikan bahawa pergerakan tren benar-benar berlaku. Akhir sekali, kesabaran dan disiplin adalah kunci—jangan terburu-buru untuk membuka posisi. Tunggu sehingga pergerakan tren jelas dan pastikan anda mempunyai strategi keluar yang jelas jika pasaran bergerak melawan posisi anda.
Kesimpulannya, Luminous Daily Roadmap (LDR) adalah satu teknik yang boleh membantu trader untuk kenal pasti pergerakan besar dalam pasaran forex. Kalau kita tahu masa dan tarikh yang betul, serta guna analisis yang tepat, kita boleh ambil peluang ni untuk keuntungan yang lebih besar. Tapi macam mana-mana teknik lain, LDR pun perlukan kesabaran, disiplin, dan pengurusan risiko yang baik.